Ustaz Long Kechik

USTAZ LONG BIN KECHIK

Ustaz Long bin Kechik adalah Pengasas dan Trainer Utama syarikat Integrated Focus & Learning Consultancy PLT (IFLC). Beliau merupakan HRDF Certified Trainer, seorang Professional Learning Facilitator (PLF), Certified NLP Basic Practitioner (NFNLP, USA) dan Certified Stress Management Consultant (CSMC) dari International Association of Counselor & Therapists (IACT), USA.

Beliau merupakan Master Trainer untuk Model MAUTivasi™ I.N.T.E.G.R.I.T.I. yang telah dibangunkan oleh beliau sendiri.

Berkelulusan Sarjana Agama (S.Ag @ B.A Hons) dalam Bidang Pengajian Islam - Usuludin (Pengkhususan dalam Tafsir Dan Hadis) dari Universiti Islam Sultan Syarief Qassim, Riau, Indonesia dan M.A. dalam bidang Pengajian Peradaban (Civilization Studies) dari Universiti Malaya.

Latar belakang

Beliau adalah anak peneroka FELDA Bukit Senggeh, Melaka dan merupakan alumni kepada Asrama Semai Bakti FELDA, Kuala Lumpur. Pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Pentadbiran Agama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), beliau juga merupakan mantan Ketua Jabatan Hal Ehwal Islam Tenaga Nasional Berhad. Jawatan terakhir beliau di TNB adalah Eksekutif Latihan Kanan di Jabatan Latihan Pengurusan, TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. (ILSAS), sebuah anak syarikat milik Tenaga Nasional Berhad.

Pengalaman dalam bidang training

Tugas hakiki beliau semasa di TNB-ILSAS adalah sebagai seorang Trainer. Beliau merupakan seorang Trainer terlatih di Tenaga Nasional Berhad. Selain dari kursus-kursus formal yang beliau ikuti dalam bidang kejurulatihan, pengalaman dalam dunia latihan dan pengalaman hidup beliau yang berliku, bermula dengan kemiskinan, kesusahan dan kegagalan, menjadikan beliau mampu mengendalikan sessi latihan dan pengajaran beliau dengan amat baik dan berkesan.

Di ILSAS beliau pernah diberi tanggungjawab sebagai Team Leader untuk Organization Behavior Training (OBT) dan Organization Development Training (ODT) serta Kordinator Program Latihan Kualiti. Terlibat secara langsung dalam pembentukan dan pengendalian Modul Bina Insan untuk Eksekutif Kanan Baru TNB melalui program PEP (Program Eksekutif Pelatih). Beliau juga terlibat secara langsung dengan DECUM (Development Of Curriculum) dalam pembentukan beberapa modul latihan ILSAS/TNB. Antaranya Modul Integriti TNB, Modul EYE (Enhancement Young Executive Programme), Modul Nilai-nilai Bersama TNB, Modul Bina Insan TNB, Modul Motivasi dan Pembangunan Diri untuk program Mandatori TNB, Modul Asas Kaunseling dan Modul Stress Management serta Modul Subjek Qualiti (5S dan QCS-IT).

Di samping menjadi Trainer untuk modul tersebut, beberapa subjek lain seperti Kepimpinan, Penyeliaan Berkesan, Pengurusan Stress, Pengurusan Masa dan Kerja Berpasukan/Team Building juga beliau kendalikan. Bidang kepakaran beliau adalah:

  • Bina Insan
  • Motivasi
  • Pembangunan Diri
  • Kepimpinan
  • Values-based Learning
  • Spiritual Values-based Learning
Ustaz Long Kechik

BIDANG LATIHAN SEBAGAI MEDIUM DAKWAH DAN TARBIYYAH

Bagi Ustaz Long, seorang Trainer perlu jelas ke mana para pelatihnya hendak dibawa. Beliau juga melihat latihan adalah satu seni. Seni how to develope people. Justeru itu beliau mampu memadukan secara harmoni unsur-unsur motivating, facilitating, counselling, coaching dan mentoring skills serta elemen dakwah dan tarbiah dalam latihan yang beliau kendalikan.

Sebagai seorang Certified NLP Basic Practitioner (NFNLP, USA) dan Alumni Angkatan I ESQ, beliau juga mampu mengaplikasikan NLP dan ESQ di dalam latihannya. Secara kreatif beliau bijak mengintegrasikan latihan beliau dengan game, video clip, lagu dan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai.

Sesungguhnya Ustaz Long melihat latihan adalah sebuah mekanisma dakwah dan tarbiah yang patut dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Pada beliau Trainer bukan hanya seorang yang hanya menghabiskan lesson plan tetapi lebih jauh dari itu. Trainer juga adalah seorang:


  • Dai'e
  • Murabbi
  • Mu'addib
  • Mu'alim

Atas dasar minat yang mendalam terhadap bidang latihan pembangunan modal insan dan organisasi, beliau telah mengambil Skim Persaraan Awal Sukarela (SPASS) dari TNB dan telah mengasaskan Integrated Focus Training And Motivation (IFTM) dan seterusnya syarikat Integrated Focus Learning & Consultancy PLT (IFLC) sekarang.

Kini beliau adalah Trainer dan Perunding Latihan sepenuh-masa berwadahkan syarikat IFLC yang beliau asaskan. Beliau kini aktif mengendalikan berbagai bentuk latihan soft-skills untuk penjawat awam di berbagai jabatan dan kementerian dan juga kakitangan swasta, sekolah, kolej, universiti, komuniti pelajar dan mahasiswa serta surau, masjid dan orang awam umumnya.



Sumbangan

Ustaz Long merupakan mantan Ahli Kumpulan Kerja Perpaduan Ummah (Aqidah), Majlis Dakwah Negara (MDN) dan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM). Beliau juga merupakan mantan Panel Akademi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Beliau pernah menjadi Panel Pemikir kepada Yayasan Pembangunan Insan (Projek Khas YAB Perdana Menteri). Juga pernah terlibat secara aktif sebagai penceramah untuk Yayasan Islam Hadhari dan merupakan bekas Associate Member kepada Malaysian Institute of Management (AMIM). Selain itu beliau juga pernah terlibat sebagai Associate Trainer kepada Fitrah Perkasa Sdn.Bhd.

Kini beliau adalah Ahli Kumpulan Kerja Integriti (Majlis Dakwah Negara, YADIM), Timbalan Pengerusi Yayasan Himmah Malaysia dan Naib Presiden Persatuan Alumni Asrama FELDA Malaysia. Beliau juga merupakan Associate Consultant (Emotional & Spiritual - ESQ) MTM Consultants Sdn. Bhd. Beliau juga adalah Advisor & Associate Trainer kepada Reliance Standard Sdn. Bhd.

Beliau turut diundang sebagai Panelis kepada rancangan Forum Perdana Ehwal Islam, 'Ta'alim' dan 'Anda Musykil' di TV 1 (program terbitan RTM dan JAKIM). Beliau juga merupakan salah seorang penceramah jemputan di Radio IKIM.FM bagi program Motivasi Pagi, Topik Jumaat dan Tazkirah Ramadhan.

Sebagai pemegang tauliah negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, beliau aktif menyampaikan pengajian dalam bentuk ceramah, kuliah dan tazkirah di masjid-masjid dan surau di kedua-dua negeri tersebut. Juga mengisi jemputan dari masjid, surau dan organisasi dari negeri-negeri lain di Malaysia.