Mautivasi™ Ustaz Long Kechik

MODEL MAUTIVASI™ I.N.T.E.G.R.I.T.I.

Integrated Focus Learning & Consultancy (IFLC) menggunakan Model Latihan MAUTivasi™ I.N.T.E.G.R.I.T.I. di dalam perlaksanaan kursus-kursusnya. Model latihan ini adalah berorientasikan kepada spiritual and values-based learning. Ianya dibina untuk memperkasa dan memperkukuhkan penghayatan nilai dan budaya kerja cemerlang di peringkat individu, masyarakat, organisasi dan juga negara.

Berasaskan pada pengalaman dan pemerhatian dalam mengendalikan latihan di pelbagai organisasi, model latihan ini amat sesuai dan sangat berkesan untuk diguna-pakai di dalam perlaksanaan program-program softskills training seperti kursus kepimpinan, kerja berpasukan, motivasi dan pembangunan diri, pengurusan masa, pemantapan nilai dan budaya kerja cemerlang dan sebagainya.

Model ini diasaskan oleh Ustaz Long bin Kechik; berpengalaman selama 20 tahun lebih dalam bidang soft skills training dan spiritual-and-values-based learning.

Apa Itu MAUTIVASI™?

MAUTivasi™ adalah satu model motivasi yang diketengahkan oleh Ustaz Long bin Kechik, Pengasas dan Trainer Utama Integrated Focus Learning And Consultancy (IFLC). Ia merupakan satu modul latihan yang menjadikan pengakhiran hayat atau mati; sebagai Katalis untuk mendorong ke arah berbuat sebanyak mungkin kebaikan di dalam kehidupan yang sementara di dunia ini, bagi membina kehidupan akhirat yang cemerlang.

Sesungguhnya kita adalah warga akhirat. Kita bukan warga dunia. Satu hari nanti, kita pasti akan dijemput pulang. Bila? Wallahu’alam.
Kita hanya tahu tarikh lahir kita. Kita tidak tahu tarikh mati kita. Mungkin hari ini, hari terakhir kita hidup. Mungkin minggu ini, minggu terakhir kita hidup. Mungkin bulan ini, bulan terakhir kita hidup. Mungkin tahun ini, tahun terakhir kita hidup. Mungkin juga kita hidup 10 tahun lagi, 20, 30 tahun lagi. Tapi yang jelas, kita makin lama makin dekat dengan saat itu.

Sesungguhnya satu hari nanti, pasti, pasti, pasti akan datang dalam kehidupan kita, di mana kita akan dimandikan orang, kita akan dikafankan orang, kita akan disembahyangkan orang, kita akan diusung ke tanah perkuburan. Kita akan ditinggalkan di dalam tanah. Bersendirian. Tanpa teman. Tanpa kawan.

Sesungguhnya mati bukan noktah kepada kehidupan. Kita semua percaya bahawa adanya Hidup Selepas Mati. Kita semua percaya dan yakin bahawa kita akan dihidupkan semula oleh Allah dan apa yang akan berlaku nanti di dalam kehidupan yang satu lagi adalah berkadar-terus dengan bagaimanakah kehidupan kita di atas dunia ini. Kalau padi yang ditanam, padilah yang akan dituai. Tapi kalau lalang yang dibiarkan, lalanglah yang kita akan dapat.

Maka penting sangat kita berhati-hati dengan kehidupan dunia yang pendek ini. Kerana ia akan memberi kesan kepada kehidupan akhirat yang panjang itu. Apalah ertinya kita bahagia di dunia yang sementara ini, tetapi derita di akhirat yang kekal itu?

Justeru itu apabila Nabi Muhammad SAW ditanya, "siapakah orang yang paling bijak?" Maka baginda telah menjawab, "bahawa orang yang paling bijak itu adalah orang yang banyak ingat mati dan membuat persiapan untuk matinya".

Hari ini kita dikelilingi oleh berbagai bentuk isu dan masalah sosial. Dalam konteks masyarakat kita berhadapan isu seperti pembuangan bayi, sumbang mahram, ragut, samun dan sebagainya. Dalam konteks organisasi, kita berhadapan masalah curi tulang, ponteng, tuntutan yang tidak betul, rasuah, pecah amanah, pecah hati, budaya jatuh-menjatuh tikam-menikam dan sebagainya. Ini semua bukan masalah, tetapi tanda-tanda kepada masalah.

Punca sebenar atau the root cause of the problems adalah kerana pelaku-pelaku ini adalah orang-orang yang bodoh. Mengapa mereka bodoh? Kerana mereka lupa kepada kematian. Mereka lupa mereka pasti akan dijemput kembali mengadap Tuhan. Mereka lupa adanya Hidup Selepas Mati. Dan mereka lupa bahawa apa yang mereka lakukan di dunia ini, yang baik, apatah lagi yang buruk akan dibalas oleh Allah SWT.

Maka dengan itu, dalam rangka untuk melahirkan insan-insan yang bijak lagi cemerlang maka MAUTivasi™ diutarakan.

Mautivasi kubur

I.N.T.E.G.R.I.T.I.

Dewasa ini kita dihujani dengan 1001 masalah dalam kalangan masyarakat seperti rasuah, pecah amanah, jenayah kolar putih dan masalah ini sering dikaitkan dengan ketirisan nilai dan budaya integriti dalam diri insan dan organisasi. Ia dilihat sebagai suatu “barah” yang amat bahaya kepada negara dan dunia secara keseluruhannya dan perlu dirawat dengan segera.

Sesungguhnya integriti tidak terbatas pada isu-isu yang berkaitan profesionalisme dalam organisasi sahaja. Lebih dari itu ia mencakupi segenap kehidupan seorang insan, merentasi pelbagai spektrum kehidupan manusia; seperti integriti dalam keagamaan, integriti dalam kekeluargaan, integriti dalam kemasyarakatan, integriti dalam politik kenegaraan, juga integriti sebagai seorang guru/tenaga pengajar dan tidak kurang juga integriti sebagai seorang pelajar di dalam dunia pendidikan.

Secara asasnya integriti menyeru kita ke arah perkara yang positif. Iaitu perkara yang dapat menarik redha Allah. Oleh itu mereka yang berintegriti akan dicintai oleh Tuhan. Sesungguhnya dalam meniti kehidupan ini setiap kita hanya berhadapan di antara 2 pilihan: Iaitu untuk menjalani hidup dengan penuh integriti atau sebaliknya.

Mereka yang tidak berintegriti menarik murka Allah dan natijah akhirnya adalah neraka yang penuh penyeksaan. Manakala mereka yang berintegriti akan menarik rahmat Allah dan natijah akhirnya adalah syurga yang penuh kenikmatan.

Menyedari akan hakikat ini maka Model I.N.T.E.G.R.I.T.I diketengahkan sebagai pelengkap pada MAUTivasi™. Melalui model ini peserta akan dibawa untuk memahami dan menghayati 9 asas penting untuk membangunkan kualiti peibadi dan sahsiah insan yang cemerlang dalam erti kata yang sebenarnya. Sesungguhnya ianya merupakan 'The Nine Principles of Spiritual Values-Based Learning'.



Modul T.O.I.B.
Modul MAUTivasi™ Solat
Modul MAUTivasi™ Ramadhan
Lain-lain Program


TESTIMONI PESERTA KURSUS