Modul MAUTIVASI™ Ustaz Long bin Kechik

T.O.I.B.
{ TRANSFORMASI ORGANISASI DAN INSAN BERINTEGRITI }

Kursus Transformasi Organisasi Dan Insan Berintegriti (T.O.I.B.) - Ke Arah Penghayatan Dan Pengukuhan Nilai dan Budaya Integriti Dalam Diri Dan Organisasi melalui pendekatan spiritual-values-based learning berasaskan Model MAUTivasi™ I.N.T.E.G.R.I.T.I.

Model ini akan mengupas konsep kecemerlangan yang hakiki dan kaedah untuk merealisasikannya dalam pelbagai spektrum kehidupan insan – individu, keluarga, masyarakat dan organisasi serta ummah pada keseluruhannya.

Program ini telah diolah dengan membangunkan nilai-nilai keinsanan secara seimbang, terpadu dan harmoni antara jasad dan roh, antara fizikal, mental, emosi dan spiritual.

OBJEKTIF

  • Menganalisa diri dalam konteks kepimpinan diri insan yang cemerlang
  • Mendorong diri menjadi ‘orang baru’ yang sanggup menerima perubahan, berfikiran positif, berpandangan jauh dan dinamik ke arah kehidupan yang seimbang
  • Membentuk budaya kepimpinan diri dan organisasi yang bukan hanya berpaksi kepada ibadah tetapi juga berteras kepada dakwah
  • Membentuk motivasi kepimpinan diri dalam memberi sumbangan ke arah peningkatan profesionalisme, semangat kerja berpasukan dan penghayatan nilai integriti dalam diri dan organisasi
  • Membentuk rangka tindakan bagi melahirkan insan-insan yang cemerlang
Modul MAUTivasi™ Solat
Modul MAUTivasi™ Ramadhan
Lain-lain Program

TESTIMONI PESERTA KURSUS